Terima kasih
Tuesday, 20 August 2013
Tuesday, 13 August 2013
TEKNIK MENGURUT BAYI
TEKNIK URUTAN BAYI
Teknik Urutan Bayi tidak sukar untuk dipelajari. Pembelajaran boleh dimulakan dgn teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi.
Ingat, prosedurnya tidak begitu penting dibandingkan tindakan mengurut, komunikasi dan kasih sayang yang ditunjukkan. Apa pun jenis sentuhan ataupun usapan, memberi manfaat kepada bayi selagi dilakukan dengan kesabaran, kasih sayang dan kelembutan. Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa ataupun mengagah. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu.
Persediaan mengurut :
1. Pastikan anda berkeadaan selesa dan tenang. Ingat, diri anda adalah cerminan kepada bayi anda, dia dapat mengesan perasaan ataupun tingkah laku yang dilihatnya dalam diri anda.
2. Pastikan keadaan bilik bersuasana senyap dan sederhana panas kerana bayi mudah berasa sejuk. Letakkan bayi di atas permukaan yang lembut dan selesa.
3. Panaskan tangan anda sebelum mengurut.
4. Gunakan minyak bayi bagi mengurangkan geseran pada kulit bayi yang halus.
5. Sebilangan bayi lebih suka diurut waktu pagi, sementara yang lain selepas mandi ataupun sebelum waktu tidur. Pastikan masanya konsisten kerana bayi anda akan ternanti-nanti rutin ini selepas waktu mandi ataupun waktu tidur.
6. Ada kalanya bayi terasa letih dan rangsangan ini dirasa keterlaluan. Cuba lagi selepas waktu tidur singkatnya dan elakkan mengurut bayi selepas memberi makan.
Muka.
Urutan muka dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah kiri dan kanan dengan kedua tapak tangan. Selepas itu tekan lembut di tengah dahi, dan buat gerakan ke samping kiri dan kanan.
Buat lingkaran-lingkaran kecil di pelipis, juga ke kawasan pipi di bawah mata. Kedua ibu jari mengurut alis dari tengah ke tepi kiri dan kanan.
Dada.
Dada dipicit dengan telapak tangan membuat gerakan dari tengah dada ke samping. Atau gerakan membentuk gambar jantung (love) dengan meletakkan hujung jari ibu pada ulu hati.
Cara lain, gerakan seperti membuat gambar jantung kecil di sekitar puting bayi.
Tangan/Lengan.
Urut tangan dimulai dari atas lengan bayi, tangan kanan dan kiri anda bergerak seperti memerah susu. Atau, kedua tangan melakukan gerakan memeras, memicit, dan memutar secara lembut pada lengan bayi.
Untuk telapak tangan bayi, gunakan kedua ibu jari anda, buat lingkaran-lingkaran kecil. Sementara keempat jari anda memijat bahagian belakang tangan bayi.
Jari bayi dipicit satu persatu ke arah hujung jari dengan gerakan memutar. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada tiap ujung jari.
Lengan bayi dipicit dengan gerakan menggulung dari kedua telapak tangan anda. Kemudian kedua lengan bayi dirapatkan ke badannya dan diusap lembut.
Kaki.
Urut kaki dengan cara memegang pangkal paha bayi, lalu tangan digerakkan ke arah pergelangan kaki seperti memerah susu. atau, dua tangan bergerak bersamaan, dari pangkal paha dengan gerakan memeras, memicit, dan memutar kaki bayi secara lembut.
Telapak kaki diurut dgn kedua ibu jari atau buat lingkaran-lingkaran kecil pd telapak kaki.
Jari kaki dipicit satu persatu dengan gerakan memutar menjauhi telapak kaki dan diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung jari. Bengkokkan juga setiap jari kaki bayi dan luruskan semula. Betis diurut dengan kedua ibu jari.
Seterusnya kedua tangan membuat gerakan menggulung ke arah pergelangan kaki. Akhirnya, kedua kaki bayi dirapatkan, dan dengan halus kedua kaki bayi diusap dari atas ke bawah.
Perut.
Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini terletak kebanyakannya usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah menggerak semuanya ke arah usus.
Mengayuh Basikal.
Lakukan gerakan pada perut bayi seperti mengayuh basikal, dari atas ke bawah, dengan telapak tangan kanan dan kiri secara bergantian.
Matahari Bulan.
Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.
Berjalan.
Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah jari anda.
I love you.
I - Buatkan gerakan huruf 'I' ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi. Love - Buat bentuk 'L' terbalik dari arah kiri ke kanan. U - Kemudian buatkan bentuk 'U' terbalik dari kiri ke kanan. Ketika membuat gerakan ini, sebut 'I love you' dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.
Bahagian Belakang.
Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.
Di penghujung setiap urutan, pakaikan semula baju. Bayi sudah tenang dan bersedia utk tidur.
Contoh teknik lain mengurut wajah bayi :
Bedakkan pada hidung. Hidung bayi "dicolek" bedak dengan jari telunjuk ibu.
'Seterika' dahi dengan tapak tangan.
Cincin mata - buat lingkaran di sekeliling mata dengan hujung jari.
Lingkaran di pipi - buat lingkaran di pipi mula-mula besar kemudian makin kecil.
Gerakan mencubit-cubit kulit pipi.
Menempelkan telapak tangan di pipi lalu digoyang-goyangkan.
Gerakan bersiul - usahakan agar mulut bayi dimuncungkan.

Dengan urutan yang di berikan olah ibu dan bapa dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak mereka. :)
Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)